Assalamualaikum :)
Topik hari ni khas ditujukan untuk seorang kawan.Yang selalu gaduh dengan aku,yang selalu act macam mak2,yang rajin masak time kat asasi tu.haha
"Jika kamu kejar dunia,maka kamu akan mendapat dunia shj..
Tetapi jika kamu kejar akhirat,kamu akan dapat kedua duanya (dunia dan akhirat)"
Disaat kau diberi dua pilihan yang sukar,antara dunia(interview pendidikan) dan akhirat(umrah),kau dah buat satu keputusan yang tepat dengan memilih akhirat.Kau tetap pergi menunaikan umrah walaupun kau mungkin akan melepaskan cita cita kau untuk jadi seorang guru.Masa tu kau nekad sebab panggilan Ilahi lebih kuat dalam diri kau berbanding panggilan duniawi.Tapi lepas balik umrah,kau menyesal sebab tak extendkan interview tu..hmm
Sahabat,
Abah aku pernah cakap,ssiapa yang nak tunaikan haji atau umrah memang Allah bagi ujian yang berat sampaikan ada yang nak batalkan niat pergi ke rumah Allah itu.Sesiapa yang tewas,mungkin dah batalkan rancangannya,tapi bagi yang menang dan teruskan rancangannya,In Shaa Allah itu adalah pilihan yang paling tepat walaupun terpaksa lepaskan susuatu yang kita paling nak sangat.
Dan satu perkara,doa kat depan Kaabah tu dimakbulkan tau^^..Adalah tu yang Allah rancang yang terbaik untuk kau.Dan yang pasti lenih baik daripada apa yang kau rancangkan.Mungkin juga Dia nak kau bergantung sepenuhnya kat Dia dan istiqamah berdoa pada Dia.In Shaa Allah ada jalannya nanti :) Kalau tak dapat sekarang,mungkin dapat kemudian hari..Kan? :D
Aku cemburu dengan kau yang pernah sampai ke sana sedangkan aku hanya masih berangan menjejakkan kaki ke sana.Mohon doanya ya !!
*p/s:Aku pun tengah cuak tunggu result degree,ntah dapat pendidikan ke x.Doakan aku ya !! terima kasih.Semoga Allah berikan yang terbaik untuk kita semua :)