Saturday, 28 June 2014

UKHWAH FILLAH :)

SAHABAT !

Semua orang mesti ada ramai kawan kan? tapi adakah semua kawan itu adalah sahabat?
Sahabat yang sering berada bersama kita dalam senang mahupun susah
Sahabat yang tolong kita untuk selesaikan masalah bukan cuma tengok sahaja
Dan sahabat yang mendoakan kita tanpa kita mengetahuinya.

Hee,sebenarnya bukan nk bagi tazkirah kat sini,cuma aku ingin menulis tentang sahabat aku atas permintaan mereka :D

ASPER STREAMERS BATCH 9,G10 :)

Ya,aku berkenalan dgn mereka di sini,di UPM.teringat lagi semasa orientasi,semasa melawat KAE bersama Dr.Jamal Talib,time tu semua student ASPer masih nerd lagi.haha.Semasa beratur tu,orang pertama yang aku berkenalan dgn ahli G10 adalah Fatehah Marzuki,hmmm,orangnya banyak cakap dan seorang yang terbuka.Baru beberapa hari kenal dia dah bagitahu aku siapa crush dia.haha.Dan aku mula rapat dengan Teah ni.Teah pula rapat dengan Nina secara tak langsung aku pun bersahabat baik dengan Nina.Nina ni buat muka selamba je tapi boleh buat orang sekeliling dia tak kering gusi gelak.hahaha.Ini cerita semester 1.

Semasa semester 2 pula,muncul satu Gang yang mana student lelaki menggelarkan Gang ini sebagai Geng KPZ.haha.Kelakar!! Erm,ahli Geng ni ialah aku,Aida,Nadh,Amni,Qurratun,Fadh,Aimi and Tikah.Bukannya geng sangat pun,cuma kami anggota geng ni stay dekat kolej yang sama,so secara tak langsungnya kami jadi rapat.Yela,sebab pegi kelas sama2,balik kelas sama2,naik bas sama2,makan sama2,prank sama2,beli burger tengah2 malam pun sama2,dah yang paling best masak sama2 :DDD hehe.Aku masih jugak bergaul baik dengan Teah dan Nina dekat kelas tapi dah tak serapat Sem 1 dulu,sebab aku dah ada geng baru..haha.Mereka pun dah ada geng baru.Tapi walaupun ada puak2 dalam kelas kami,but we are still friends :)

Masa awal semester 3,Allah uji dengan sedikit perselisihan pendapat antara beberapa orang pelajar dalam kelas.hmmm,puncanya sebab nak tentukan tempat untuk pergi rombongan kelas.Bila dah decide,ada segelintir yang tak setuju,and then mereka tak follow rombongan tu.Ya,kami pun pergi ke PD,having fun,masak sama2,main permainan pantai,tanam Fat dan Feeka kat pasir,haha,dan banyak lagi.Kalau semua ahli kelas follow time tu,mesti lagi seronok dan Silaturrahim dapat dicapai.In Shaa Allah :).Tapi takpalah.
Masa hujung sem 3 pula,hmm,makin banyak aktiviti yang G10 buat sama2.Lepas balik PD tu,kami buat masak2,aku goreng nugget and karipap,Fat bawak spagetti,ape lagi ea,Nadh bawak ayam panggang,fuhh,,sodapnya!! haha dan ramia lagi yang bawak makanan,Makan ramai2 kat Cafe K13.hehe,Lepas tu,student KPZ pulak buat masak2,Mai bawak ayam masak merah,makan kat KPZ.Time tu sume Student KPZ ada,pastu Mai,Rifly,Fitri,Akem,Hasnul,Faishal,erk,sape lagi ea?Sorry kalau tak berapa nak ingat :)

THAT IS MY G10!! <3

Oh Ya,dalam G10 ni ada family tau.haha.Aku sebagai kakak.Aida sebagai mak,Zaki sebagai adik yang besar tapi budget budak kecik,haha dan Fadh yang sedikit konfius,kejap jadi adik bongsu,kejap jadi kakak sulung.haha.And Hasnul ni anak jiran sebab selalu masuk campur kalau kami adik beradik bergaduh..hehe.<Jangan marah aku Hasnul,nanti cepat tua :p> Dan Amni our Mama tiri.hee.Fadh selalu jadi mangsa kena buli oleh aku dengan Zaki.tapi malangnya setiap kali dia mengadu kat mak tiri mesti kene marah balik.haha.Sorry Fadh,Kami gurau jee^^

Ok,special wish from Nadh dan Hasnul.Nadh ni orang kata pendiam,yela tak kenal lagi,bila dah kenal rapat,Haa !Ambik kau,pendiam lah sangat~~ hehe Dia ni rajin memasak,selalu masakkan spagetti untuk Geng KPZ,hehe,tapi bab ajak pegi riadhah ke,pegi mana2 ke please jangan ajak dia sebab dia ni memang pemalas nak turun,yela bilik top floor :p..haha.PEACE NO WAR NADH!! :D

Hasnul pulak,orangnya kurus jaa tapi tinggi.Makan banyak mana pun cenggitu jugaklaa dia punya saiz.hehe.Hasnul ni seorang yang observant,bukan aku sorang yang cakap tapi mostly G10 yang cakap.Mana taknya,bila orang pakai yang berlainan sikit je pun dia nampak,pastu dia tegur depan2 pulak tu,dengan aku2 sekali penah jadi mangsa.haha.Bila first time aku pakai pashmina,dia laa orang pertama yang perasan,Aida pun bila pakai baju pink,hansul laa yang perasan.Bila Qurratun buat gaya tudung lain sikit dia jugak yang perasan dulu :p haha..Banyaklaa lagi,tapi Hasnul ni baik,suruh laa dia tolong beli apa2,nanti dia tolong sebab dia ada motor,hehe,Siap masa explorace kuliah,dia datang bawakkan air 100PLUS kalt ahli Explorace tu.hmm.Terbaik laa!!

Haha,bila terkenangkan memori di ASPer,aku tergelak sendiri.Benda yang pahit pun menjadi manis.Hehe.Maaf andai terkasar bahasa atau tersinggung perasaan mana2 pihak.Tiada niat lain selain untuk berkongsi pengalaman.You're The Best Friends Ever.Uhibbukum Fillah :)



Monday, 16 June 2014

COVER ALL !!!

Assalamualaikum !!
Haa,,bila tulis pasal COVER ni,apa yang bermain dalam fikiran korang? Adakah pasal main polis sentri yang tolong COVERkan kawan polis kita yang nak pegi menyerang? Ataupun COVERkan bekas bekas kuih yang terbuka kat atas meja tuu? hehe

COVER yang aku maksudkan ni adalah COVER aurat..Haa,bila sebut COVER aurat je mesti fikir perempuan je kan^^.Not fair laa macam tuu,lelaki pun sama je dua kali lima jugak.Lelaki selalu tuding jari kpd kaum Hawa bila sebut bab aurat,tapi lelaki pun ada jugak yang tak tutup aurat.Aurat yang sikit tu pun susah nak jaga.Kami yang kaum Hawa ni dahla kene tutup semua benda kecuali muka dan tapak tangan je,awak yang setakat dari pusat sampai lutut tu pun payah bebenar nak tutup,time main futsal tu pakai seluar pendek tayang paha..hmmmm

Itu lelaki yang auratnya sikit,perempuan ni lagilah.Apa functionnya pakai baju tight seluar tight nampak semua bentuk badan kau tu.baik tak payah pakai baju seluar semua tu.Kalau pakai baju pun serupa tak pakai baju,telanjang jelah.Lagi senang jimat duit tak payah beli baju kan..hehe.Okay,kalau baju seluar tak ketat sekalipun,tapi jarang pulak aih.nampak bentuk lengan lah betis lah..Astaghfirullah!! Tutup sebelah mata lah kalau jumpa species yang maam ni.Aku sebagai seorang perempuan malu tengok aurat kaum sendiri.hmmm..Belum cerita bab tudung lagi,Dan comel lote dah pakai baju kurung,tetiba tudung pulak,Masya Allah,jarang menampakkan bentuk leher,dahlah tu,pendek pulak menampakkan pulak bentuk dada.Haish,Kadang2 aku terfikir jugak,diorang ni tak tahu malu ke?hmmm.Tambah2 lagi yang bertudung ni pun saja je ikat sanggul tinggi2 nampakkan bonggol unta kat kepala tu.

Sahabat!,,
Kita pakai tudung nak tutup rambut kita,leher kita,dada kita dah bentuk badah kita,kalau dah pakai tudung jarang,pendek,nampakkan bonggol semua tu kan baik tak payah pakai tudung terus,menjatuhkan maruah seorang Muslimah je.

Teringat satu ayat:
"...dan perintahkanlah perempuan2 di kalanganmu untuk melabuhkan jilbab mereka menutupi dada mereka,kerana itu adalah lebih baik bagi mereka,supaya mereka selamat dan dikenali sebagai orang yang baik2..."

Lebih kurang macam tulah maksudnya.Fahamkan?

So,before keluar rumah tu,buat checklist kat diri kita,pandang cermin,kalau ada cermin full body tu,lagi bagus.Tengok atas dulu,tudung labuh tutup dada,ok..Tak jarang,ok..Takde bonggol unta,ok.PASS!!
Tengok bawah pulak.Baju besar dah longgar,ok..Menutupi punggung,ok..Tak jarang,ok..Tak nampak bentuk badan,ok..PASS!!
Tengok area kaki pulak,kalau pakai seluar tu make sure tak ketat,ok..Tak jarang,ok..Kalau nak senang pakai kain lah^^.Dan yang paling penting stokin ade.hmmm,ok.PASS!!

Alhamdulillah bagi sesiapa yang masih pandai mengawal pemakainan diri supaya tak berlebihan.In Shaa Allah,kalau kita jaga diri dan aurat kita dengan baik,Jodoh kita juga adalah seorang yang pandai menjaga diri dan auratnya dengan baik juga :)

"Selangkah seorang anak perempuan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna,selangkah jualah ayahnya menghampiri neraka"

Wallahu A'lam

Sunday, 15 June 2014

Tanam Anggur

TANAM ANGGUR.....

Faham tak maksudnya?Kepada penanam anggur tegar mungkin memahaminya,termasuk jugak aku..hehe
Penanam anggur tu macam abang2,kakak2 dan kita2 yang tengah takde keje,cuti sem or tengah tunggu result masuk degree ,,macam aku ni^^.hehe.Ok,in simpler word is PENGANGGUR!

Aku baru habis foundation kat UPM,and sekarang tengah tunggu pangilan degree.In Sya Allah,next week aku ada interview untuk course pendidikan.Doakan aku ye!!

 Maybe pada pandangan umum,masyarakat terutamanya jiran2 kita,orang kampung kita fikir:"Haih,budak ni pemalas betul lah,cubalah cari keje sementara ke ape ke sementara tunggu result further study tuu"

Pada pendapat aku lah,tak semestinya orang yang menganggur tu pemalas,mungkin dia belum jumpa kerja yang sesuai,,hmmm..atau mungkin dia takut dengan kehidupan luar yang agak berbahaya ditambah lagi dengan gangguan lelaki2 nakal,yela,keje sementara mostly kerja2 yang bergaji rendah yang,emmm faham2 lah orang yang macam mana yang kerja macam tu.Dan boleh jadi dia nak habiskan masa bersama sama keluarga.ohh,,sweet moments with family-setelah bertahun tahun duduk hostel,time2 camnilah nak bersweet sweet dengan family before nak further study lagi..ye tak?^^ haha

Apapun sebab dan musababnya,kita sebagai pengusaha anggur ni kenalah pandai uruskan diri kat rumah tu.Yang perempuan boleh belajar memasak,lepas tu masakkan untuk family,bila diorang balik keje balik sekolah dah ada makanan tersedia atas meja makan.Haa,takdelah sia2 je menganggur,dapat jugak pahala menggembirakan hati parents kita.Lepas tu tolong buat kerja rumah,basuh baju,jemur baju,vacuum rumah,masak dan macam2 lagilah.Tambah lagi satu pahala,meringankan beban mak kita..kan?~~ hehe

Kalau lelaki pulak,tak semestinya duduk rumah goyang kaki je kan,boleh tolong abah kita cat rumah ke cuti2 ni,betulkan wire apa2 yang patut,tolong pegi pasar belikan sayur ke,buah ke,bahan2 basah,kan dapat pahala tolong parents kita.Asalkan niat Lillahi Taala :)

Dan tak semestinya kalau kat rumah kita tak boleh berdakwah,come on laa,,sekarang zaman dah berubah,dunia dah maju.Kita masih boleh tambahkan pahala kita melalui akaun facebook,twitter dan blog ni pun ok jugak.hee.Semua tu pahala selagi mana apa yang kita kongsikan tu berfaedah untuk kita semua dan ummah.In Shaa Allah.

Tambah2 lagi nak bulan Ramadhan dah ni,untung besar kepada penanam anggur ni.Selain dapat nikmat sahur dan iftar sama2 dengan family,In Shaa Allah kita ada banyak masa masa untuk bua banyak ibadah dalam bulan puasa ni.Kalau kita kerja,mungkin ada kekangan sedikitlah nak beribadah,yela,balik2 je dah petang,tambah2 lagi dengan penat,stress.huhh,bila malam mesti nak rehat dan mungkin ada yang tinggalkan Terawih semata mata nak berehat.Kann?So untung jugak kepada penanam anggur ni,tolong mak buat kuih nak bagi kat jiran,dapat pahala,Tolong hantarkan makanan kat rumah jiran,dapat pahala,kalau tambah lagi dgn Qiamullail before sahur,Tarawih lagi,zikir2 lagi.Masya Allah.banyaknyaaa!!

So,jadi PENANAM ANGGUR pun ok ape.Mungkin tak kaya wang ringgit,tapi kaya dengan pahala kpd sesiapa yang pandai memanfaatkannya :).Wallahu A'lam




JANJI ALLAH PASTI :)

Aku berjalan seorang diri dari Stesen KTM Serdang menuju ke jejantas untuk kembali ke kampus setelah bercuti.Dengan membawa sebuah beg sandang dan sebuah beg jinjit.semasa pulang ke kampung halaman,cuma beg sandang yg kubawa pulang,dan macam biasalah lumrah kehidupan pelajar,bila nak balik ke kampus semula mak suruh bawak:"Nak tak ayam masak merah ni?nanti senang dh tak payah beli makanan".Aku pun jawab: "Boleh jugak mak :)".Ditambah lagi dengan nasi putih,ayam goreng tepung dan sambal bilis,cukup menaikkan selera aku.hmmm sedapnyaa,,tu yang sanggup tambah lagi satu beg tu,semata mata nak bawak masakan mak ke kolej.hehe

Aku memang dah biasa balik kampung naik bas dan pulang semula ke UPM pun naik bas jugak.Rumah aku pun takde lah jauh mana pun,dekat nun hujung Selangor sana.kalau naik bas dalam 2 jam setengah jugaklah.Bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya,hehe

Alkisah~
Lepas turun dari stesen KTM Serdang tu,aku pun berjalan kaki seorang diri menaiki jejantas menuju ke seberang sebab bas UPM memang tunggu kat seberang sana tu.Masa tu lepas bayar duit tambang bas dan tike KTM,duit aku time memang betul betul berbaki 3 ringgit je.Ak memang redha gila2 la masa tu,doa2 lah semoga takde apa2 emergency yang memerlukan aku guna duit lebih.Kat bank aku ade je duit,tapi masa tu memang kejar masa sangat2 sampai tak sempat nak cucuk duit.

Masa tengah berjalan kat jejantas tu,tiba2 aku ternampak seorang makcik peminta sedekah,Aku teringat abah pesan kalau nak bersedekah pun kena hati hati takut kena tipu.Aku perhatikan situasi makcik ni.Ya Allah,baju dia buruk dan koyak tapi takdelah koyak rabak sangat,kaki dia pulak kudung sebelah.Masya Allah !!Aku kasihan tengok dia,tapi aku teringat aku takde duit lain selain RM3 tadi tu jelaah.Tapi aku bagi jugak semua duit yang aku ada tu,mungkin dia lagi memerlukannya daripada aku.Punyalah gembira makcik tu sampaikan dia doakan untuk aku time2 tu jugak."Semoga Allah murahkan rezeki kamu,nak".Aku yang nak cepat tak sempat membalas apa2,cuma melemparkan senyum kepadanya.

Dari kejauhan aku ternampak bas UPM datang,aku pun apa lagi,berlari menuju ke bas tu,nasib baik sempat.fuhhh
Dipendekkan cerita,hari tu hari Sabtu,aku memang dah tak ade duit lagi nak beli makanan,Nasib baik mak bekalkan makanan dari rumah tadi.Tak sia2 aku bawak berat2 dua beg tadi.Adalah jugak makanan aku malam ni.Alhamdulillah :).Aku bercadang nak cucuk duit esok pagi,yelaa,dah kering habis dah ni.hehe

Tapi esoknya,pagi2 lagi ada sorang akak degree satu floor dengan aku,dia ketuk pintu bilik aku:
"Assalamualaikum,dik.nak tak nasi lemak ni? akak terbeli dua tadi sebab nak bagi roomate akak,rupanya dia pun dah breakfast".Aku pun bagai orang mengantuk disorongkan bantal:"Betul ke kak? mestilah nak.hehe.terima kasih kak".Alhamdulillah.tengah hari nantilah aku cucuk duit kat CIMB tu.

Tengah harinya plak,roomate aku balik dari rumah dia.Dia memang bawak makanan lebih,katanya nak makan sama sama dengan romate tercinta.Ya Allah,terharu betul,tak payah keluar duit lagi untuk tengah hari ni.lepas tu aku pun tukar plan.ak jadi cucuk duit time tengah hari,cucuk petang nanti jela.memang cuaca panas pun masa tu,kalau cucuk petang2 sikit,maybe dah redup sikit kot time tu.

Petangnya pulak,aku tengah bersiap nak pegi cucuk duit ni,yela,memang dah takde duit langsung kat purse aku ni,kalau tak cucuk duit tak pasal2 berlapar aku malam ni.Tetiba dapat mesej dari classmate aku kat blog sebelah:"Syira,kau dah makan belum? nak tak nasi dengan kuah sardin ni.Tadi aku masak lebih tapi tak habis lah pulak".Aku pun tanpa balas mesej tu terus pegi bilik dia kat blog sebelah.Terkejut dia tengok aku tiba2 muncul kat depan bilik dia.hehe.Aku pun:"Nakkk,aku belum beli makanan lagi ni".

Apa yang aku cakap untuk hari ni,Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.sehari  tu aku makan free.dan esoknya hari Isnin,lepas habis class barulah aku pegi cucuk duit.CIMB tu dekat je dari PASP UPM.Bila aku muhasabah balik apa yang berlaku semalam,ak fikir,ADAKAH INI SEMUA KEBETULAN?Lepas tu aku teringat RM3 yang aku sedekahkan kat makcik tu disaat aku sendiri tak ada duit.Tiba2 je satu ayat terngiang ngiang dalam fikiran aku,"Allah akan tambahkan rezeki orang yang bersedekah"

Ya Allah!! Bergetar hebat jiwa aku.Aku rasai sendir kekuasaan Allah,Aku rasai sendiri betapa JANJI ALLAH ITU PASTI :)