Monday, 27 May 2019

Awak,

Awak dah buat keputusan ke? Apa keputusan awak? Awak perlukan sy atau sebaliknya? Kita ni cuma gaduh, atau pun memang dah takde apa-apa? Awak, awak rasa bahagia ke macamni? Atau awak rasa terseksa macam sy rasa.

Awak, kadang sy terfikir. Kenapa kita perlu menyeksa diri sendiri sebegini. Kenapa kita perlu bermusuhan. Bukan kah berbaik lebih menenangkan? Bukan kah perpisahan ini menyakitkan, tp kenapa kita pilih macamni jugak? Kenapa kita tak boleh buat macam biasa je awak. Dari sudut sy, sy takde masalah dgn awak. Takde benda yg sy nak fikir, jawapan sy dari dulu sampai skrg adalah sama. Tapi awak yg ragu-ragu. Sy terima kurang dan salah awak seadanya. Tak pernah terlintas sy nak tinggalkan awak atas kekurangan awak. Tapi, salah sy kurang sy kenapa awak tak boleh terima. Sy just an ordinary girl. Perempuan yg memang diciptakan dengan rasa inginkan kasih dan perhatian, bukan sy je awak, tapi semua perempuan macam tu. Maybe cara sy salah sampaikan awak rasa terkongkong. Maybe sy kena jadi perempuan yg luar biasa, yg tak perlukan perhatian awak. Maaf. Sy tak salahkan awak. Sy rasakan awak yg masih belum bersedia untuk ada komitmen, sebab awak masih belum bersedia serahkan masa awak kpd org yg awak sayang. Maaf. Kadang sy mmg nak awak bersosial, keluar dengan kawan-kawan, aktif kat media sosial, tp dalam masa yg sama sy nak awak faham sy jugak. Maaf kalau awak rasa terbebas dgn benda ni.

Awak, sy dah cuba utk bagi kebebasan kat awak. Sy pun kdg da keinginan macam perempuan lain, nak tukar password media sosial dgn pasangan dyrg, nak awak acknowledge sy as gf awak, nak awak bg surprise mcm pasangan lain, nak sweet-sweet sembang dgn awak, nak awak tumpukan sepenuh perhatian kat sy. Sy jealous tgk perempuan lain dapat semua tu. Tp sy tak dapat pun awak. Tp sy tak nak pun salahkan awak. Sebab awak ckp kita ada cara kita sendiri. Dan cara tu lah yg buatkan awak bosan dgn sy. Awak, sy tak pernah minta awak apa-apa. Sy talde bagi hint kat awak untuk belikan sy hadiah macam2, apa-apa yg sy nak beli sy akan beli sendiri. Sy rasa bersalah kalau awak habiskan duit awak utk sy. Sy dah terbiasa tak dimanjakan oleh awak. Just, sy cuma perlukan kasih syg dan keikhlasan awak je utk terima sy. Walaupun sy tau, sy banyak kekurangan. Sy tau, perhatian yg sy minta buatkan awak rasa terkongkong. Kalau takde perhatian awak tu, apa lg yg sy boleh dapat dr awak as bf sy?

Awak, kalau awak nak bebas, sy dah bagi. Even satu-satu nya yg sy harapkan dr awak, iaitu perhatian, tu pn sy tak dapat dah drpd awak. Jadi tinggal apa lg yg sy nak kat awak? Sy nak awak halalkan sy pun, bnyk alasan awak. Kalau wak betul-betul nak, awak akan positif macam sy. Sy betul-betul positif kita boleh percepatkan majlis kita. Tp awak, awak negatif. Mak abah tak setuju, kereta, rumah. Padahal benda kita tu kita boleh slow-slow dapatkan in the process. Bukan kita nak kahwin bulan depan pun, tp at least make a move. Jumpa parents sy, bertunang dulu. Setahun pun takpe. Sambil2 tu boleh kumpul sikit-sikit apa2 yg masih kurang. Bukannya nak tunggu awak dah ada kereta, rumah baru nak kahwin. Nak tunggu ada rumah lg 10 tahun baru kita kahwin. Sy takde minta apa lg dah drpd awak, perhatian pn sy dah korbankan. Just, effort awak utk kahwini sy. Harapan semua wanita dlm dunia ni adalah teringin untuk dimuliakan sebagai seorang isteri. Sy harap awak akan berusaha untuk memuliakan sy.  Awak, sy masih tunggu awak. Sy masih berharap kita dapat betulkan segalanya. Masih belum terlambat. Sy tak nak tinggalkan awak. Tapi sebab awak yg nak buang toksid mcm sy ni dari hidup awak, sebab tu sy undur diri. Dengan harapan awak masih perlukan sy dalam hidup awak. Maaf atas kata-kata syyg menyakitkan awak. Sy just nak kurangkan sakit sy. Sy asyik fikirkan awak je, tp inilah kata hati sy yg sy pendam. Maaf kalau awak terasa. Maaf kalau awak rasa bersalah lg, sy tau awak fobia dgn rasa tu. Tp sy dah penat jgk nak fikirkan perasaan awak, sedangkan perasaan sy sendiri tgh terseksa. Maafkan sy.
Awak, 

Sy baca tweet awak. Mula-mula sy rasa sy je yg rindu awak. Sy je tak rela berpisah. Sy je yg nakkan awak. Sy je yg taknak lupakan segalanya pasal kita. Sy tak tau apa awak rasa.

Tp lepas awak tweet tu, sy faham awak. Awak masih berusaha cari jawapan yg terbaik. Maaf sy fikir buruk. Maaf sy overthinking. Awak, sejujurnya, sy masih mengharapkan kita berbaik semula. Sy harap ni cuma gaduh biasa. Awak tanya adakah ini noktah atau koma, sy harap ini cuma koma. Sy harap, awak masih menginginkan sy menjadi teman hidup awak sampai bila. Awak yg nak buang sy dari hidup awak. Sy takkan kembali ke awak selagi awak tak jemput sy. Sebab sy takut, kalau sy kembali tanpa awak jemput, maybe awak belum bersedia terima sy. Tapi kalau awak dh bersedia nak terima sy, awak jemputlah sy. Sebab sy tak tahu bila awak bersedia. Selamat berbuka awak.

Sunday, 26 May 2019

Awak,

Adakah awak rasa apa yg sy rasa?
Sy rasa kosong, sy rasa separuh dr jiwa sy dah hilang, sy rasa kehilangan. Memang org baru putus rasa macam ni eh? Sy ingat sy takkan rasa pengalaman ni😂. Tapi awak bg sy rasa jugak.

Awak,
Sy rasa rindu. Rindu bila tak ws awak sehari. Rindu takde lg awak dalam hidup sy. Maafkan sy. Sy yg nekad nak bagi awak bebas, tp sy yg tak kuat. Maaf awak. Sy akan cuba kuat. Baru mula2 lagi ni, sy akan cuba untuk move on, utk lupakan awak. Sy wonder adakah awak pun rindu sy? Or awak tak terkesan pn dgn pemergian sy😂. Sy jelah yg syok sendiri kan. Awak tlg doakan sy kuat ye. Thank you.

Maaf, sy just perlukan medium untuk luahkan beban perasaan sy ni. Baru sy rasa ringan sikit.

Awak, sy masih tak kuat nak berterus terang dgn family sy. Salah ke kalau sy xbagitau dyrg awak? Salah ke. Sy tak tahu sampai bila sy nak simpan. Dyrg mmg patut tahu benda ni, supaya dyrg tak harapkan awak dah. Tp sy tak kuat awak. Sy takut sy nanges depan dyrg. Maaf, sy lemah. Even semalam kawan sy reply tweet sy pn, dia assume sy still dgn awak. Sy tak tau nak cakap macam mana. Sy just iyakan je. Hmm maafkan sy awak. Maafkan sy.
Sayang, sy minta maaf, sy bukan yg terbaik untuk awak. Maaf, sy banyak sakiti awak. Maaf, sy gagal bahagiakan awak. Maaf, gagal jd yg terbaik untuk awak. Maaf, sy gagal pertahankan hubungan kita. Maaf, sy cuma hadirkan derita dalam hidup awak. Maaf sangat2.

Sayang,
Sy cuma nak awak happy. Sy cuma nak tgk awa hidup normal mcm org lain. Sy cuma nak tgk awak bebas jalani hidup awak dengan kawan2 awak, bebas nak buat hobi awak, bebas nak bersosial. Maaf sy jd toksid dlm hidup awak selama ni. Maaf kalau awak rasa terkongkong selama ni. Sy betul2 minta maaf. Sepatutnya dr dulu lg sy bg kebebasan kat awak. Sy ni cuma lh seorang gf yg belum layak mendapatkan kasih syg dan masa awak. Maaf kalau sy tamak. Maaf.

Awak, once sy bulatkan keputusan untuk pergi dari hidup awak, sy harap awak jumpa kebebasan yg awak cari. Sy tak tau lah apa yg sy buat ni, awak setuju atau tak setuju. Tp awak mmg nak bebas, so sy assume awak happy dgn keputusan sy ni. Please be happy. To be honest, ada rasa menyesal sebab sy yg pergi dulu, tp awak pun tak halang sy. Sy harap sangat awak halang sy dr pergi dari hidup awak, tp awak tak buat camtu. So sy sedar tempat sy kt hati awak. Mungkin pemergian sy yg awak nanti-nanti kan selama ni. I will be sad, of course, but to see you happy, makes me happy. Even bukan sy lg yg jadi penyebab awak happy. Maaf, sebab sy tak dapat tunaikan janji2 sy, tp sy happy dapat ada kat sisi awak masa awak susah dr dr dulu lg sampai skrg awak dh senang. Sy gembira dpt tolong awak masa awak susah, masa awak takde duit nak makan, sy happy dpt kongsi makanan sy dgn awak. Sy happy. Maybe sy dah terbiasa xnak tgk awak susah. Sampaikan sy buat keputusan utk pergi dr hidup awak, sbb sy ni susahkan hati awak. Maaf sayang. Awak tlg hidup dgn bahagia, sy disini mampu pandang awak dr jauh, stalk twitter awak je. Sy doakan awak tenang lepasni. Kalau ad jodoh kita, in shaa Allah di masa akan dtg kita akan bertemu jua. Kalau sampai disini shj, semoga awak berbahagia. Sy? Sy takkan kahwin dah kot. Mana lg nak cari lelaki sebaik awak. Mana lg nak cari lelaki yg still bujang, susah. Even kat office sy pun semua lelaki dah berpunya😂. Takpelah, sy redha dgn jalan hidup sy. Sy serah kat Allah pasal urusan jodoh kita😊

Maaf awak, ni kali terakhir sy send link ni kat awak. Semoga berbahagia. Kalau awak rindu sy, awak bukak lah blog sy. Sy akan rajin update lepasni😂. Kalau rindu lah. Tp maybe awak tak rindu kot. Awak dah bebas dr sy. Sy sayang awak, and always be. Kalau awak rasa nak kahwin dgn sy, awak lamar lah sy. 😂 Haha maaf. Walaupun dah putus, dr sudut hati sy yg plg dalam, sy still harapkan awak. Hati sy selalu tak bg kerjasama dgn sy😂. Maaf kalau awak terganggu dgn luahan sy yg terakhir ni. Maaf sangat2. Awak jgn hidup dalam rasa bersalah lg okay. You must grow, you must strong, you must be a real man. Bangun, get a life. Hargai apa yg awak ad skrg sebelum awak hilang dyrg, especially parents awak.😁. Sy nak tgk awak aktif balik kt twitter, bergurau gurau dgn bonok. I saw that enough to make me happy😊.

Thursday, 23 May 2019

Awak, I will not send this link to you anymore. Just sekadar tempat sy nak luahkan rasa hati.

Awak, sy tak tau dr mana dtg kekuatan ni. Masa awak cakap td, sy tak rasa apa-apa. Even sampai skrg pun, dada sy rasa lapang. Rasa yg sama masa sy tak jadi beli kereta haritu. Apakah petanda ni? Adakah betul keputusan ni? Sy tak tau. Sy harap sgt sy boleh solat skrg ni.

Awak, sy tau. Lagi sehari dua, sy akan mula rasa rindu, rasa kehilangan. Sy harap awak ada rasa yg sama. Tp hati kecil sy sangat yakin yg mmg awak untuk sy. Ntah lah, sy just rasa yg kita mmg sekufu. Cuma kita saling menyakiti each other.

Awak, sy terlalu sygkan awak sampai sy rada takut kehilangan awak. Allah cemburu bila kita syg makhluk-Nya melebihi syg kpd-Nya. Maybe sebab tu dia tarik awak dari hidup sy supaya kembali mengejar cinta-Nya.

Awak, jom sama-sama kita kejar cinta Allah. Supaya hati lebih tenang. Maybe skrg kita masih belum sesuai utk each other. Masih belum ready utk mendirikan rumah tangga. Sy anggap ada hikmah di sebalik semua ni. Sy akan jadikan ia sebagai titik permulaan untuk persiapkan diri dgn iman dan amal. Sy redha dan sy ikhlaskan. Sebab sy yakin, kalau awak benar untuk sy, walau kita terpisah, kita tetap akan bersatu semula.

Awak pun usaha ye. Biar kita berlumba-lumba kejar cinta Allah, semoga Allah pertemukan kita semula dlm keadaan lebih matang dan bersedia.

Awak, 

Sy nak luahkan something boleh? Sy down bila kawan sy jemput majlis dia kahwin. Patut sy happy, tapi ntah lah. Rasa cemburu pun ada. Ada yg sudi terima baik buruk dia, dan sudi peristerikan dia. Sedangkan sy? Sy rasa down. Sy rasa mcm takde yg nak ambil sy jd isteri. Even awak pun, sy kena merayu utk awak terima sy. Sy malu awak, sy perempuan. Tp sy yg jadi perigi merayu kat awak. Untung kawan sy, bila lah sy nak merasa bahagia camtu? Awak tak jealous ke tgk kawan-kawan awak dah bahagia dgn pasangan masing-masing. Awak taknak ke? Dulu kemain awak kena bahan sebab single. Haha. Skrg awak tak single dah. 

Awak, 
Kita pn boleh bahagia camtu. Kita tinggal usaha sikit lagi je. Awak jangan lah marah sy lagi. Awak buang lah dendam awak tu. Lagi awak dendam, lg hidup awak tak tenang. Awak, kalau awak buat semua ni sebab nak balas dendam kat sy, awak dh berjaya. Sy dh sakit dah pun. Kalau awak nak rebel, tunjuk mcm mana kaalu betul awak xde effort, ni pn awak dh berjaya. Kalau awak bg pengajaran kt sy, ni pn dh berjaya awak. I learnt my lesson. Sy dh sedar yg selama ni sy silap. Please give me chance awak. Awak nak berdendam mcm mana lg? Dendam sampai bila pun takkan habis awak. Kalau awak maafkan, awak redha, awak ikhlas, awak blh tidur lena, sy pun boleh tidur lena. Dua-dua tenang kan. Sy tau sy salah, sape je manusia tak pernah buat silap awak. Awak pn buat silap, tp sy maafkan. Sy terima awak. Mungkin salah sy besar sgt sampai susah awak nak maafkan. 

Awak, sy teringin sgt nak datang konvo awak nanti. Sy dah janji nak dtg kan, nak teman awak photoshoot. Sy dah plan dah, kalau konvo awak hari bekerja, sy nak ambik cuti. Lagi bermakna kalau sy dapat dtg as tunang awak. Awak xnak sy ada time tu? Awak tak teringin ada tunang tunggu awak keluar dewan bagi awak bunga time konvo tu? Sy save cuti utk awak ye sayang. Awak, dah2 lah merajuk tu. Dah nak raya ni. Raya-raya tak elok bergaduh, please happy2 je raya ni awak. Sy bg awak ruang lepasni. Sy serius. Sy taknak pisang berbuah dua kali. Selama ni sy tak sedar yg sy sakiti awak teruk macamni. Sy tak sedar awak. Kalau sy sedar benda tu menyakitkan, sy takkan buat pun. Sy takde lah kejam sgt sengaja nak sakitkan awak. Sy tak sengaja awak, sy minta maaf. Serius sy ingat awak okay, awak cakap awak nak mengalah, sy ingat awak ikhas, tp rupanya tak. Rupanya benda tu menyakitkan awak. Sy minta maaf awak. Lepasni sy takkan ulang lagi, awak buat lah apa awak nak buat. Sy terima asalkan sy dapat bersama awak.

Awak, 

Awak nak 2 tahun kita sia-sia ke? Sy taknak. Sy nak ada ikatan yg sah awak. Susah kan dugaan nak menghalalkan hubungan ni. Bukan mudah. Benda halal, mestilah syaitan akan tiupkan rasa ragu-ragu dalam hati, supaya kita sentiasa takut nak kahwin, supaya kita tetap jelah berada dalam hubungan sia-sia. Kalau kita tak jadi kahwin, hubunga 2 tahun tu sia-sia je. Kekal dalam dosa maksiat. Sebab tu, kita kena kuat awak. Kita kena pertahankan hubungan ni. Nak kahwin je rasa ragu-ragu. Macamtu sampai ke sudah tak kahwin, and kekal dlm hubungan sia-sia. Kita kena usaha awak. Usaha awak kalahkan hasutan syaitan. Taknak hubungan ni tak kemana. Kita yg kena pandu kemana arah tujuan hubungan ni. Mak abah awak pn mesti tertanya, awak dah lama berkawan dgn sy. Mak abah sy pn nak kita ada ikatan yg sah. Boleh kan awak? Boleh bg kita peluang utk buat perubahan ni? Blh kita teruskan impian kita dr awal hubungan kita awak? Kita dah plan nak kahwin kan. Dulu alasan awak, awak belum bekerjaya. Sy setia tunggu awak dgn sabar. Sy tunggu awak habiskan study, tunggu awak habis kerja, tipu lah kalau sy tak teruji masa tu. Perempuan teruji bila sy ada dgn awak saat awak susah. Dan skrg awak dah kerja, dan masa awak plk teruji, sama ada awak akan stay dgn perempuan yg stay masa awak susah, atau awak tinggalkan dia masa awak senang. Sy dah tekad dlm diri sy, sy akan stay dgn awak saat awak susah senang. Sy dh buat, skrg awak dah senang, sy xlayak ke nak stay dgn awak masa awak dah senang ni? Sy bukan nak harta awak, sy just nak awak terima sy seadanya. Macam mana sy boleh terima awak dr awak susah smpai awak senang skrg ni.

Awak, sy tunggu awak. As always. Dari dulu sampai sampai skrg, tak ternah berubah. Awak, sy harap sgt effort sy masa teruji dulu tak disia-sia kan. Sy harap sy tunggu awak tak sia-sia. Sy harap sh setia dgn awak tak sia-sia. Sy harap sy korbankan masa sy 2 tahun dgn awak tak sia-sia. Dan sy harap sy korbankan duit sy wlpn sy pun takde duit tak sia-sia. Sy harap sy sayang pd org yg betul. Yg akan usaha utk menghalalkan sy. Sy hargai effort awak, yg selama ni ni sy tak sedar. Maaf. Sy sedar awak bnyk berkorban utk sy. Maaf. Awak baik sgt. Kenaikan awak lah yg pikat hati sy. And sy terus terpikat dr dulu sampai skrg. Maaf sy tewas lg. Sy taknak nanges. Tp still ternangis jgk. Awak, let be happy. Benda yg menyakitkan tu kita buang jauh. Sy nak cipta bnyk lg kenangan indah dgn awak. Please tarik tangan sy ke syurga sama-sama. Sy sayang awak.

Wednesday, 22 May 2019

Awak.

Sy dah berjanji nak kahwin dgn awak
Sy dah berjanji, awak yg pertama dan terakhir
Sy dah berjanji takkan tinggalkan awak
Sy dah berjanji walau apa pun masalah yg dtg, sy akan selesaikan
Sy dah berjanji nak jadi isteri awak
Sy dah berjanji nak setia dgn awak
Sy dah berjanji nak hidup dgn awak sampai syurga.
Salah kah sy nak mempertahankan janji sy?

Awak, sy ingat lg kata-kata awak.

Awak cakap awak takkan tinggalkan sy selagi sy tak tinggalkan awak.
Awak cakap awak serius dgn sy
Awak cakap awak akan kahwini sy lepas awak dah ada income
Awak cakap awak nak dtg beraya rumah sy raya ni, sambil luahkan hasrat awak kat abah.
Awak cakap sy bukan yg pertama, tp biar lah sy jadi yg terakhir
Awak cakap awak nak pakai baju masked rider masa kita kahwin
Awak, tak tak boleh ke kita tunaikan janji-janji kita?

Awak, jom kita bahagia sama-sama. Sy tau awak lelaki yg berpegang pada janji. Awak, maafkan sy sebab sakiti awak. Sy mohon awak jgn berdendam dgn sy. Lupakan semua and kita teruskan impian kita. Sy akSy akan tetap berpegang dgn janji sy. Sy taknak mungkir janji. Sebab sy sayang awak sangat-sangat. Sy tau, awak bukan mcm lelaki lain hanya pandai berjanji tp tak pandai menepati. Sy tau awak baik.

Awak, bagi sy peluang utk bahagiakan awak. Sy taknak sakiti awak lg, sebab sy sendiri sakit. Awak, tolong terima sy seikhlas hati awak. Ingat lagi tak lagu Kasih, lagu kisah kita. Awak happy sgt masa sy terima awak dulu, please terima sy pulak kalini. Sy nak rasa jgk happy yg awak pernah rasa dulu. Sy minta maaf awak.

Monday, 20 May 2019

Awak, 

Sy buat istikharah sama ada benar awak baik bg sy, keluarga sy, agama sy, negara sy, dan kesudahan urusan sy, tp sy masih belum dapat jawapan. Salah ke pilihan sy ni? Silap sy tak buat istikharah dari awal-awal sy terima awak dulu. Silap kita tak minta pendapat Allah dulu sebelum kita buat keputusan. Sampai kita dah pergi jauh baru skrg kita nak tanya Allah.

Awak, sy sedar, kita dah jauh. Sy akui, sy hanyut dgn cinta awak. Sy kejar cinta manusia, yg sy yakin akan kekal perasaannya pada sy. Tp st lupa, awak jugak manusia, yg hati awak jg berbolak balik. Sekejap je Allah tarik perasaan tu drpd awak. Sekejap je sy dah jd bukan siapa-siapa lg pada awak. Sekejap je. Mungkin hikmah disebalik semua ni, kita dpt kembali kpd Allah. Sy akui, selama sy dgn awak, sy rasa sy jauh dgn Allah. Solat sekadar solat, mengaji sekadar mengaji, sy lemah. Sy lemah sbb cinta. Sy kejar cinta ciptaan-Nya, tp sy lupakan pencipta kita. Mungkin Allah nak tarik awak dr hidup sy supaya sy dpt kembali kpd-Nya. Ntah lah.

Awak,

Sy nak tanya sikit. Memang dr awalnya awak tak ada niat nak peridterikan sy kan? Sebab sy perasan je, tiap kali sy sebut pasal kahwin, awak akan mengelak. Awak akan cari alasan, awak akan moody. Sy sedar semua tu, tp sy pujuk hati sy cakap maybe awak tak bersedia lg. Ntah lah. Sy sendiri tak tau lah awak serius dgn sy ke tak. Sy tak tau apa ending kita. Sbb dulu sy yakin dgn awak, sy tak pernah ragu dgn awak, sy tau awak lelaki yg bertanggungjawab, awak takkan buang sy mcm tu je. Sy tau awak lelaki yg mengotakan janji. Sbb awak pernah janji dr awal awak lamar sy, awak janji awak akan menikahi sy lepas habis bljr. Sy bodoh ke awak? Sy tersilap percaya ke? Awak bukan seperti yg sy percaya tu ke? Awak sama ke mcm lelaki lain yg pandai menabur janji tp tak pandai nak tepati? Awak cakap selagi sy af ciri-ciri yg awak minat dr awal kita kenal, selagi tu awak tak ada alasan utk pergi. Sy dah takde ciri-ciri tu ke awak? Dah takde sebab ke utk awak stay? Hanya kerana terpaksa. Kdg sy terfikir, sy tau sy dah sakitkan awak. Sy sedar itu salah sy. Tp awak? Awak tak pernah sakiti sy ke? Sy tak sakit ke skrg? Sy sakit awak. Sakit sbb awak stay bukan kerana cinta awak yg dulu, tp hanya kerana terpaksa. Sakit awak. Apa beza awak dgn sy? Sy sakiti awak dan awak sakiti sy. Awak claim sy kejam sbb sakiti awak, tp awak lupa awak sndiri bnyk sakiti sy. Banyak. Banyak kali sy menangis sbb awak. Tp sy tak pernah berdendam dgn awak. Kalau sy dendam, mungkin sy pn ad jd seperti awak skrg. Sbb sy tau, dendam tu memudaratkan. Sy maafkan semua salah awak kt sy. Sebabtu, tiap kali awak sakiti sy, sy dh lupakan ap yg terjadi, sy maafkan awak dan sy move on. That way sh sy akan lebih bahagia. Sy tau sy salah. Sy tau sy silap. Takde Tarapan lg ke utk kita berbaik seperti selalu awak? Bahagia ke hidup penuh benci mcm ni? Ini kah jalan yg kita cari? 

Awak. Pilihan itu di tangan awak. Awak yg boleh pilih sama ada untuk memaafkan atau untuk terus meyemai dendam dan benci kpd sy. Itu pilihan awak. Sy tak mampu nak buat apa-apa. Selagi sy mampu bertahan utk menjadi kekasih paksa awak, sy akan bertahan. Walaupun sakit awak. Sampai tahap, sy dah tak mampu nak pertahankan, sy sendiri akan pergi dari hidup awak. Mungkin itu lebih baik bg awak dan bg sy. Dan serahkan jodoh kita pd Allah. Kalau betul awak jodoh sy, wlpn kita berpisah jauh, pasti Allah pertemukan. Tp kalau kita tidak berjodoh, wlpn dekat, tp akan terlepas jua. Tp sy minta satu, boleh tak kita sama-sama usaha dulu. Kalau dh usaha pn tetap sukar, baru lah kita kita buat keputusan lain.

Maaf awak. Untuk semua kesalahan sy pd awak, sy minta maaf. Sy dh minta maaf pd awak, sy dah minta maaf pd Allah. Terpulang kat aawak. Pilihan kat tgn awak. 

Sunday, 19 May 2019

Awak, macam mana awak ada kekuatan utk akhiri semua ni? Macam mana awak boleh lupakan sy semudah itu? Macam mana awak? Boleh tlg ajarkan kat sy tak?

Sy je ke rasa rindu mcm nak mati? Sy je ke yg rasa sedih kalau kita berpisah? Sy je ke yg menaruh harapan tinggi kat awak? Sy je ke yg expect kita akan bahagia satu hari nanti? Sy je ke yg masih ad keinginan utk perbetulkan semuanya? Sy je ke yg masih syg awak? Sy je ke yg masih sygkan hubungan ni? Awak dah tak ada rasa semua ni ke?

Awak,

Teruk sangat ke sy ni kat mata awak? Berdosa sgt ke sy sampai tak layak dapat kemaafan drpd awak? Hina sgt ke sy sampai kan sy tak layak nak jd isteri awak? Hina sgt ke sy ni awak? Sy tau awak baik, sy tau sy jahat. Tp mmg kita tak boleh nak perbaiki diri kita ke?

Sy tak tau macam mana nak betulkan balik keadaan. Sy tak tau macam mana nk menangi hati awak balik. Sy tak tau. Sy tak sanggup nak kehilangan awak. Sy tak kuat. Everytime sy alone, air mata sy mengalir tiba-tiba. Sy tak nak nanges, tp mata sy xbagi kerjasama dgn sy. Sy dlm bas otw balik kl, tp air mata sy non stop mengalir. Sy dgr lagu raya, air mata sy mengalir lagi. Sebab fikir maybe raya tahun takde awak. Sy dah penat nak menangis. Maybe sy patut tidur je kot utk elakkan sy dr fikirkan awak.

Awak,

Sy tak pernah expect utk adanya perpisahan. Even gaduh besar skli pun, sy tak pernah terfikir lgsung utk berpisah dgn awak. Sy akan cuba sedaya upaya settlekan. And sy tak pernah terfikir awak yg akan tinggalkan sy. Sebab dr terima awak dulu sy dh ckp, jgn tinggalkan sy, sebab sy yg ad prinsip taknak bercinta sebelum kahwin, sy dh buang prinsip sy tu sebab awak. Sy buang sbb sy yakin walau apa pn jadi, awak akan usaha utk halalkan sy. Sy salah ke awak? Sy silap ke sbb yakin dgn awak smpai mcmtu sekali? Sy tersilap org ke utk serahkan cinta sy? Tp dah dua tahun perjalanan kita. Awak dh jumpa family sy, sy dah jumpa family awak. Banyak yg kita lalui bersama, bukan senang kan utk kita bertahan selama 2 tahun ni. Tp sia-sia kah semua tu?

Kalau betul terjadinya perpisahan, sy taktau mcm mana nak bagitau mak abah sy. Masa kat rumah ni pn, sy pura-pura ceria mcm tak ada apa yg berlaku. Sy taknak mak nampak sy menangis. Sy taknak kecewakan mak. Mak kalau boleh nak kita ikat cepat-cepat. Sbb mak dah berkenan dgn awak. And dia taknak pisang berbuah dua kali. Dia taknak sy ditinggalkan mcm kakak sy, mc sepupu sy. Mak pernah nanges depan sy masa kakak sy tak jadi kahwin haritu. Mak ckp mak sakit tgk anak mak sakit. Masatu kakak sy tak ceria, dia bnyk bersendirian, and menangis dlm bilik. Mak taknak benda tuberulang lg. Sebabtu banyak benda yg sy kena fikir sebelum nak akhiri hubungan ni. Abah pun walaupun dia tak tunjuk dia sedih psl kakak sy, tp sy tau dia pn kecewa. Siap dia jumpa face to face dgn lelaki tu. Sy xpernah terbayang pun yg sy akan lalui semua ni awak.

Sy sedar salah sy. Sy nak berubah awak. Sy nak jd lebih matang dlm hubungan kita. Terima kasih awak dh bukak kan mata sy. Sy sangat-sangat appreciate kalau awak boleh bg sy peluang kedua. Kalau awak xnak selalu contact pun takpe, asalkan awak tetap nak kahwin dgn sy. Sy tunggu awak. Sy selalu tunggu awak and berharap ada keajaiban, awak ws sy cakap i miss you. Tp sy sedar, mungkin sy dah takde dalam hati awak. Tp sy tetap akan tunggu awak. Maafkan sy.

Day 2

Saya insan biasa yg tak punya apa-apa. Rumah tiada, kereta tiada, bakat pun tiada, cuma ada harapan dan impian. Harapan untuk hiduo bersama lelaki yg pernah berjanji untuk menghalalkan sy. Lelaki yg masa dulu berjaya membuatkan sy jatuh cinta. Saat pertama sy terima dia dalam hidup ini, sy berjanji cuma dia yg bertakhta di hati. Tiada yg lain. Sy harap janji dulu akan tetap tersemat di hati awak dan sy. Banyak dugaan yg kita dah lalui bersama. Dari zaman masih belajar, kita belajar untuk membantu satu sama lain dlm keadaan susah dan senang. Sy ada RM20, sy akan kongsi RM10 dgn awak. Kita buat bisnes sambilan sama-sama. Untuk tampung kos hidup di universiti. Sy support awak, sy cuba tolong awak mana mana sy mampu. Walaupun sy pun tak senang mana. Tapi sy gembira dapat tlg awak. 

Then sy dah habis study, sy harap sangat-sangat awak pun akan habis sekali sama-sama dengan sy. Sy dah siap berangan dah nak pre-convo sama-sama pakai jubah merah sama-sama. Sy datang bagi bunga waktu konvo awak. Awak datang bg bunga waktu konvo sy. Tapi sy kecewa bila awak cakap awak mungkin tak dapat konvo sama-sama. Masa awak usaha pergi CALC, sy harap sangat-sangat usaha awak tu berjaya. Tapi, awak khabarkan berita buruk kat sy. Sy sedih bg pihak awak. Sy tahu awak lagi sedih, down sangat-sangat. And family awak semua salahkan awak. Sy tahu betapa awak down sangat time tu. And sy tahu, sy kena kuat and bg awak semangat. Walaupun sy pn kecewa, tp sy tak sanggup nak tgk tgk  down teruk. Sy bg awak kata-kata semangat untuk awak teruskan jalan hidup awak mcm biasa. Walaupun sy tau, kata-kata sy kat awak tak bermakna apa-apa masa tu. Sy tunggu awak habiskan belajar lg satu semester. And alhamdulilah, awak dah habis belajar skrg. 

Dah habis belajar tp family awak semua duk push awak untuk kerja cepat-cepat. Walaupun tak sampai sebulan awak habis belajar masa tu kan. Sy pun tak sabar nak tunggu awak dapat kerja, sebab sy nak tgk awak berjaya. Sy tau awak stress, sebab mak duk cakap yg awak tak usaha cari kerja pun. Sy tak suka tgk awak serabut macamtu, sy tolong awak cari mana-mana yg sy mampu. Sy gigih dtg office hari sabtsabtu semata-mata nak tlg awak. Walaupun yg sy tolong tu tak menghasilkan apa-apa pun, tp at least sy cuba nak bantu awak. Alhamdulillah, skrg awak dah bekerjaya. Sy happy sangat bila awak cakap awak dpt panggilan interview. Awak ckp awak takut nak hadapi real life. Awak takut awak tak tahan pressure. Tp sy yakin awakboleh buat. Sy yakin awak boleh harungi benda ni. Sy tau awak kuat.

Awak,

Sy tau sy salah. Sy salah sebab tak nampak effort awak. Sy minta maaf sebab sy selalu sakitkan hati awak, sy pressure awak. Tp sungguh, sy tak berniat pun untuk sakitkan awak. Kata-kata tu sy keluarkan dalam keadaan sy tawar hati kat awak. Sy tak berdendam dgn awak. Sy maafkan awak tiap kali awak sakiti sy. Sy tak pandai nak cipta lagu mcm awak, sy tak pandai nak menyanyi mcm awak, sy tak pandai nak berpantun mcm awak. I'm just ordinary girl. Sy harap awak pun tak simpan dendam kat sy. Sy harap sgt satu kesalahan yg sy buat tak tutup 10 kebaikan yg sy buat dekat awak. Maafkan sy.

Saturday, 18 May 2019

Day 1.

Malam tadi kita bergaduh. Awak salahkan sy jadi punca awak ada insomnia. When first I heard that you have that, I was terrified. Tapi bila dapat tahu sy adalah punca awak jadi macamtu, sy dihantui rasa bersalah. Lebih kesal sebab awak boleh heal dari awal kalau kita communicate lebih awal. So awak tak perlu nak overthinking sampai awak tak boleh nak tidur.

Awak perlu tahu, awak lelaki plg baik yg pernah hadir dalam hidup sy. Sy mengagumi awak, cara awak berfikir yg bagi sy sangat unik. Awak ada prinsip awak yg awak takkan langgar. Awak menyantuni mak abah awak, walaupun mereka menyakiti awak dan awak mengalah dgn sy tiap kali gaduh. Awak mengaku awak salah dlm semua benda, sampailah awak set dalam kepala awak yg awak selalu salah dan sy selalu betul. Sy betul-betul minta maaf.

Sy ni teruk. Kuat merajuk. Selalu fikir diri sy betul. Sy selalu sakitkan awak dengan kata-kata sy, then lepas awak down sy salahkan awak sebab abaikan sy. Padahal semua tu berpunca dari diri sy sendiri. Ye, sy kejam. Sy terima apa yg awak nak cakap pada sy. Sy terima.

Awak. Maafkan sy. Awak lelaki pertama yg buatkan sy jatuh cinta. Sy harap awak juga yg terakhir. Maafkan sy dari awal sy belajar bercinta lg, sy dah expect high kat awak. Sy expect kebahagian macam org lain, yg selalu bagi surprise kat sy, yg selalu akan ws sy, yg selalu akan utamakan sy dlm semua benda, tp tp awal sy nak macamtu. Tapi, sy faham masalah kewangan awak, so sy didik hati sy utk terima awak seadanya. Sy tahu awak tak mampu nak surprise sy macam2, so sy terima tu. Awak, sy tahu sy silap sebab cakap awak takde effort, tp jangan lah sebab satu tu je awak lupakan semua kenangan kita, lupakan semua kebaikan sy kat awak. Sy tahu sy silap, awak pun banyak jgk buat silap, tp takde silap awak yg sy simpan dalam hati. Once awak minta maaf, sy dah lupakan pun benda tu. Sy harap awak pun akan buat benda yg sama. Sepanjang kita tak contact ni, sy harap awak akan train diri awak untuk memaafkan. Jangan train diri awak untuk berdendam dan membenci.

Dari lubuk hati sy yg paling dalam, sy minta maaf. Sy sayang awak. Semoga jodoh kita berpanjangan.