Bakti Siswa, Program Khidmat Komuniti, adalah satu subjek wajib untuk graduat di Universiti Putra Malaysia. Kumpulan Baksis 57, sentiasa hangat dalam ingatan. Aku nak ceritakan dari awal aku nak daftar kursus ni. Aku memang dah plan dengan classmates asasi aku nak daftar Baksis sama2. Tapi ditakdirkan Allah, masa mereka semua tengah online nak klik daftar sama2,time tu aku tidur. Hmm bangun2 mereka semua dah daftar dan dapat satu kelas pun. So, tinggallah ak keseorangan dengan hati yang redha daftar. Aku check nama classmate Baksis aku,mostly semuanya aku tak kenal. So, ak positif nak tambahkan kenalan baru. Dipemdekkan cerita, masa first class, serious enjoy sangat2 ice breaking dengan kawan2 baru. Dan yang mengejutkan lagi, bila Fasi Baksis Kumpulan 57, En. Rizal Razak cakap kat kami yang kumpulan Baksis 57 ni adalah 'Kumpulan Misi'. hmmm Okay misi ape pun aku tak konfem. Then, before kelas habis baru Fasi cakap kumpulan ni satu-satunya kumpulan yang akan ke luar negara. Ya,Vietnam. Kami akan menjalankan Misi Sukarelawan Siswa di madrasah2 di Vietnam. Buat pertama kali dalam sejarah UPM, kami satu-satunya kumpulan Baksis yang akan membuat khidmat komuniti di Vietnam.Perasaan semua bercampur-baur masa tu. Teruja tu confirm lah kan. Cuma ada rasa gusar dan riau jugak sebab tanggungjawab tu sangat berat,terutama bab kena kumpul dana untuk tampung perbelanjaan kami sepanjang di Vietnam.
So, entry harini just nak kongsi pengalaman sepanjang proses persediaan untuk ke Vietnam tu. Kami di jangka bertolak pada Bulan Mei 2015. Kami dah mulakan langkah untuk mencari dana seawal Bulan Febuari lagi. Tempoh yang singkat kan? Macam2 yang kami lakukan untuk pencarian dana ni, susah tu memang asam garam lah. Terpaksa tebalkan muka minta sumbangan orang. First, kami buat kutipan dana di Bandar Baru Bangi. Kami masuk dari satu kedai ke kedai yang lain,membawa surat kelulusan daripada pihak UPM, memohon sumbangan dana daripada pemilik2 kedai tersebut. Malu? Ya,tak dinafikan. Ini pengalaman pertama kami buat kerja macam ni. haha. Tapi,duit yang didapati daripada ikhtiar sebegini kami tak gunakan untuk kepentingan kami,tapi kami gunakan untuk perbelanjaan membeli bahan2 binaan kolah air dan sistem saliran semasa di Vietnam nanti. Alhamdulillah, kami dapat kumpul lebih kurang RM2000.
Settle kerja2 mengutip dana. Kemudian, kami sambung proses pencarian dana dengan menganjurkan PC Fair di Dewan Mahasiswa, Kompleks Akademik A di UPM. Selaku Ajk yang menguruskan tempat program ini, susah sebenarnya untuk kami mendapatkan Dewan. Target kami Dewan Besar UPM, tetapi setelah lebih kurang 4 kali saya pergi membuat survey, masa yang yang kami mahukan tidak sesuai dengan kekosongan jadual tersebut. Akhirnya, kami putuskan untuk buat di KAA sahaja.Sebenarnya, start dari event ni saya dapat rasakan bonding kami ahli Kumpulan Baksi 57. Ya,disinilah pemulaannya. Tapi sebelum nak capai bonding itu sendiri, kami pernah 'berselisih faham' sedikit sehingga menyebabkan sesi luahan perasaan masing2 yang tak puas hati dengan penglibatan lain2. Selepas itu,barulah kami rapat kerana Fasi kami sendiri banyak kali menekankan,nanti kat Vietnam kami tiada siapa2 selain classmate kami yang ini. Jadi suka duka susah senang kami mesti bersama. Dan terima kasih saya ucapkan kepada mereka atas kerjasama yang sangat baik. Alhamdulillah dari event ni kami dapat kumpul dana sebanyak RM5000.
Oklaa tu. Total dana yang kami perlukan adalah sebanyak RM20 000. Banyak lagi nak kena capai tu. Selebihnya,kami meminta sumbangan dana daripada NGO2 mahupun Badan2 Kerajaan untuk mengumpul dana. Dan setiap ahli kumpulan kami perlu mengumpul dana persendirian,yang ini tak kira lah sama ada buat kutipan di kolej masing2 ataupun meminta sumbangan daripada kenalan2 mahupun keluarga kami masing2.Fuhh,tengok macam senang. Tapi sebenarnya susah nak cari duit ni !!
Okay, apa yang kita boleh ambik daripada apa yang ak ceritakan ni. First, Redha. Nampak tak dengan redhanya ak daftar Baksis sorang2,tanpa kenalan mana pun, aku niatkan supaya dapat tambahkan kenalan. Dan Alhamdulillah, Allah anugerahkan aku kawan2 baru yang sampai sekarang masih lagi rapat.hehe. Second, Betullah Allah cakap, " Boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,sedangkan kamu tidak". See,mula2 aku sedih jugaklah kawan2 asasi aku ramai yang dapat sekelas,aku je tercicir daftar kursus sorang. Time tu aku rasa macam hmm touching laa jugak. Tapi,pasrah je dapat mana kumpulan. Then ak pun dapatlah Kumpulan 57 ni. Dan,sampai sekarang,aku dapat rasakan manisnya apa yang ak tak suka pada mula2 dulu. Sebab aku tak dapat sama kumpulan denga classmate asasi aku laa,aku dapat ke Vietnam. Then,awan2 asasi aku pulak yang jealous.hehehe. Dan sebab tu juaklah aku dapat tambah kawan2 yang rapat dengan aku. Alhamdulillah,syukur.
Sampai sini dulu entry untuk kali ni, Next time,haa ni part best punya. Aku kongsikan pengalaman aku sepanjang 8 hari kat Vietnam. Singkat tapi penuh makna :)
