Monday, 16 June 2014

COVER ALL !!!

Assalamualaikum !!
Haa,,bila tulis pasal COVER ni,apa yang bermain dalam fikiran korang? Adakah pasal main polis sentri yang tolong COVERkan kawan polis kita yang nak pegi menyerang? Ataupun COVERkan bekas bekas kuih yang terbuka kat atas meja tuu? hehe

COVER yang aku maksudkan ni adalah COVER aurat..Haa,bila sebut COVER aurat je mesti fikir perempuan je kan^^.Not fair laa macam tuu,lelaki pun sama je dua kali lima jugak.Lelaki selalu tuding jari kpd kaum Hawa bila sebut bab aurat,tapi lelaki pun ada jugak yang tak tutup aurat.Aurat yang sikit tu pun susah nak jaga.Kami yang kaum Hawa ni dahla kene tutup semua benda kecuali muka dan tapak tangan je,awak yang setakat dari pusat sampai lutut tu pun payah bebenar nak tutup,time main futsal tu pakai seluar pendek tayang paha..hmmmm

Itu lelaki yang auratnya sikit,perempuan ni lagilah.Apa functionnya pakai baju tight seluar tight nampak semua bentuk badan kau tu.baik tak payah pakai baju seluar semua tu.Kalau pakai baju pun serupa tak pakai baju,telanjang jelah.Lagi senang jimat duit tak payah beli baju kan..hehe.Okay,kalau baju seluar tak ketat sekalipun,tapi jarang pulak aih.nampak bentuk lengan lah betis lah..Astaghfirullah!! Tutup sebelah mata lah kalau jumpa species yang maam ni.Aku sebagai seorang perempuan malu tengok aurat kaum sendiri.hmmm..Belum cerita bab tudung lagi,Dan comel lote dah pakai baju kurung,tetiba tudung pulak,Masya Allah,jarang menampakkan bentuk leher,dahlah tu,pendek pulak menampakkan pulak bentuk dada.Haish,Kadang2 aku terfikir jugak,diorang ni tak tahu malu ke?hmmm.Tambah2 lagi yang bertudung ni pun saja je ikat sanggul tinggi2 nampakkan bonggol unta kat kepala tu.

Sahabat!,,
Kita pakai tudung nak tutup rambut kita,leher kita,dada kita dah bentuk badah kita,kalau dah pakai tudung jarang,pendek,nampakkan bonggol semua tu kan baik tak payah pakai tudung terus,menjatuhkan maruah seorang Muslimah je.

Teringat satu ayat:
"...dan perintahkanlah perempuan2 di kalanganmu untuk melabuhkan jilbab mereka menutupi dada mereka,kerana itu adalah lebih baik bagi mereka,supaya mereka selamat dan dikenali sebagai orang yang baik2..."

Lebih kurang macam tulah maksudnya.Fahamkan?

So,before keluar rumah tu,buat checklist kat diri kita,pandang cermin,kalau ada cermin full body tu,lagi bagus.Tengok atas dulu,tudung labuh tutup dada,ok..Tak jarang,ok..Takde bonggol unta,ok.PASS!!
Tengok bawah pulak.Baju besar dah longgar,ok..Menutupi punggung,ok..Tak jarang,ok..Tak nampak bentuk badan,ok..PASS!!
Tengok area kaki pulak,kalau pakai seluar tu make sure tak ketat,ok..Tak jarang,ok..Kalau nak senang pakai kain lah^^.Dan yang paling penting stokin ade.hmmm,ok.PASS!!

Alhamdulillah bagi sesiapa yang masih pandai mengawal pemakainan diri supaya tak berlebihan.In Shaa Allah,kalau kita jaga diri dan aurat kita dengan baik,Jodoh kita juga adalah seorang yang pandai menjaga diri dan auratnya dengan baik juga :)

"Selangkah seorang anak perempuan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna,selangkah jualah ayahnya menghampiri neraka"

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment