Aku berjalan seorang diri dari Stesen KTM Serdang menuju ke jejantas untuk kembali ke kampus setelah bercuti.Dengan membawa sebuah beg sandang dan sebuah beg jinjit.semasa pulang ke kampung halaman,cuma beg sandang yg kubawa pulang,dan macam biasalah lumrah kehidupan pelajar,bila nak balik ke kampus semula mak suruh bawak:"Nak tak ayam masak merah ni?nanti senang dh tak payah beli makanan".Aku pun jawab: "Boleh jugak mak :)".Ditambah lagi dengan nasi putih,ayam goreng tepung dan sambal bilis,cukup menaikkan selera aku.hmmm sedapnyaa,,tu yang sanggup tambah lagi satu beg tu,semata mata nak bawak masakan mak ke kolej.hehe
Aku memang dah biasa balik kampung naik bas dan pulang semula ke UPM pun naik bas jugak.Rumah aku pun takde lah jauh mana pun,dekat nun hujung Selangor sana.kalau naik bas dalam 2 jam setengah jugaklah.Bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya,hehe
Alkisah~
Lepas turun dari stesen KTM Serdang tu,aku pun berjalan kaki seorang diri menaiki jejantas menuju ke seberang sebab bas UPM memang tunggu kat seberang sana tu.Masa tu lepas bayar duit tambang bas dan tike KTM,duit aku time memang betul betul berbaki 3 ringgit je.Ak memang redha gila2 la masa tu,doa2 lah semoga takde apa2 emergency yang memerlukan aku guna duit lebih.Kat bank aku ade je duit,tapi masa tu memang kejar masa sangat2 sampai tak sempat nak cucuk duit.
Masa tengah berjalan kat jejantas tu,tiba2 aku ternampak seorang makcik peminta sedekah,Aku teringat abah pesan kalau nak bersedekah pun kena hati hati takut kena tipu.Aku perhatikan situasi makcik ni.Ya Allah,baju dia buruk dan koyak tapi takdelah koyak rabak sangat,kaki dia pulak kudung sebelah.Masya Allah !!Aku kasihan tengok dia,tapi aku teringat aku takde duit lain selain RM3 tadi tu jelaah.Tapi aku bagi jugak semua duit yang aku ada tu,mungkin dia lagi memerlukannya daripada aku.Punyalah gembira makcik tu sampaikan dia doakan untuk aku time2 tu jugak."Semoga Allah murahkan rezeki kamu,nak".Aku yang nak cepat tak sempat membalas apa2,cuma melemparkan senyum kepadanya.
Dari kejauhan aku ternampak bas UPM datang,aku pun apa lagi,berlari menuju ke bas tu,nasib baik sempat.fuhhh
Dipendekkan cerita,hari tu hari Sabtu,aku memang dah tak ade duit lagi nak beli makanan,Nasib baik mak bekalkan makanan dari rumah tadi.Tak sia2 aku bawak berat2 dua beg tadi.Adalah jugak makanan aku malam ni.Alhamdulillah :).Aku bercadang nak cucuk duit esok pagi,yelaa,dah kering habis dah ni.hehe
Tapi esoknya,pagi2 lagi ada sorang akak degree satu floor dengan aku,dia ketuk pintu bilik aku:
"Assalamualaikum,dik.nak tak nasi lemak ni? akak terbeli dua tadi sebab nak bagi roomate akak,rupanya dia pun dah breakfast".Aku pun bagai orang mengantuk disorongkan bantal:"Betul ke kak? mestilah nak.hehe.terima kasih kak".Alhamdulillah.tengah hari nantilah aku cucuk duit kat CIMB tu.
Tengah harinya plak,roomate aku balik dari rumah dia.Dia memang bawak makanan lebih,katanya nak makan sama sama dengan romate tercinta.Ya Allah,terharu betul,tak payah keluar duit lagi untuk tengah hari ni.lepas tu aku pun tukar plan.ak jadi cucuk duit time tengah hari,cucuk petang nanti jela.memang cuaca panas pun masa tu,kalau cucuk petang2 sikit,maybe dah redup sikit kot time tu.
Petangnya pulak,aku tengah bersiap nak pegi cucuk duit ni,yela,memang dah takde duit langsung kat purse aku ni,kalau tak cucuk duit tak pasal2 berlapar aku malam ni.Tetiba dapat mesej dari classmate aku kat blog sebelah:"Syira,kau dah makan belum? nak tak nasi dengan kuah sardin ni.Tadi aku masak lebih tapi tak habis lah pulak".Aku pun tanpa balas mesej tu terus pegi bilik dia kat blog sebelah.Terkejut dia tengok aku tiba2 muncul kat depan bilik dia.hehe.Aku pun:"Nakkk,aku belum beli makanan lagi ni".
Apa yang aku cakap untuk hari ni,Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.sehari tu aku makan free.dan esoknya hari Isnin,lepas habis class barulah aku pegi cucuk duit.CIMB tu dekat je dari PASP UPM.Bila aku muhasabah balik apa yang berlaku semalam,ak fikir,ADAKAH INI SEMUA KEBETULAN?Lepas tu aku teringat RM3 yang aku sedekahkan kat makcik tu disaat aku sendiri tak ada duit.Tiba2 je satu ayat terngiang ngiang dalam fikiran aku,"Allah akan tambahkan rezeki orang yang bersedekah"
Ya Allah!! Bergetar hebat jiwa aku.Aku rasai sendir kekuasaan Allah,Aku rasai sendiri betapa JANJI ALLAH ITU PASTI :)
No comments:
Post a Comment