Awak,
Awak dah buat keputusan ke? Apa keputusan awak? Awak perlukan sy atau sebaliknya? Kita ni cuma gaduh, atau pun memang dah takde apa-apa? Awak, awak rasa bahagia ke macamni? Atau awak rasa terseksa macam sy rasa.
Awak, kadang sy terfikir. Kenapa kita perlu menyeksa diri sendiri sebegini. Kenapa kita perlu bermusuhan. Bukan kah berbaik lebih menenangkan? Bukan kah perpisahan ini menyakitkan, tp kenapa kita pilih macamni jugak? Kenapa kita tak boleh buat macam biasa je awak. Dari sudut sy, sy takde masalah dgn awak. Takde benda yg sy nak fikir, jawapan sy dari dulu sampai skrg adalah sama. Tapi awak yg ragu-ragu. Sy terima kurang dan salah awak seadanya. Tak pernah terlintas sy nak tinggalkan awak atas kekurangan awak. Tapi, salah sy kurang sy kenapa awak tak boleh terima. Sy just an ordinary girl. Perempuan yg memang diciptakan dengan rasa inginkan kasih dan perhatian, bukan sy je awak, tapi semua perempuan macam tu. Maybe cara sy salah sampaikan awak rasa terkongkong. Maybe sy kena jadi perempuan yg luar biasa, yg tak perlukan perhatian awak. Maaf. Sy tak salahkan awak. Sy rasakan awak yg masih belum bersedia untuk ada komitmen, sebab awak masih belum bersedia serahkan masa awak kpd org yg awak sayang. Maaf. Kadang sy mmg nak awak bersosial, keluar dengan kawan-kawan, aktif kat media sosial, tp dalam masa yg sama sy nak awak faham sy jugak. Maaf kalau awak rasa terbebas dgn benda ni.
Awak, sy dah cuba utk bagi kebebasan kat awak. Sy pun kdg da keinginan macam perempuan lain, nak tukar password media sosial dgn pasangan dyrg, nak awak acknowledge sy as gf awak, nak awak bg surprise mcm pasangan lain, nak sweet-sweet sembang dgn awak, nak awak tumpukan sepenuh perhatian kat sy. Sy jealous tgk perempuan lain dapat semua tu. Tp sy tak dapat pun awak. Tp sy tak nak pun salahkan awak. Sebab awak ckp kita ada cara kita sendiri. Dan cara tu lah yg buatkan awak bosan dgn sy. Awak, sy tak pernah minta awak apa-apa. Sy talde bagi hint kat awak untuk belikan sy hadiah macam2, apa-apa yg sy nak beli sy akan beli sendiri. Sy rasa bersalah kalau awak habiskan duit awak utk sy. Sy dah terbiasa tak dimanjakan oleh awak. Just, sy cuma perlukan kasih syg dan keikhlasan awak je utk terima sy. Walaupun sy tau, sy banyak kekurangan. Sy tau, perhatian yg sy minta buatkan awak rasa terkongkong. Kalau takde perhatian awak tu, apa lg yg sy boleh dapat dr awak as bf sy?
Awak, kalau awak nak bebas, sy dah bagi. Even satu-satu nya yg sy harapkan dr awak, iaitu perhatian, tu pn sy tak dapat dah drpd awak. Jadi tinggal apa lg yg sy nak kat awak? Sy nak awak halalkan sy pun, bnyk alasan awak. Kalau wak betul-betul nak, awak akan positif macam sy. Sy betul-betul positif kita boleh percepatkan majlis kita. Tp awak, awak negatif. Mak abah tak setuju, kereta, rumah. Padahal benda kita tu kita boleh slow-slow dapatkan in the process. Bukan kita nak kahwin bulan depan pun, tp at least make a move. Jumpa parents sy, bertunang dulu. Setahun pun takpe. Sambil2 tu boleh kumpul sikit-sikit apa2 yg masih kurang. Bukannya nak tunggu awak dah ada kereta, rumah baru nak kahwin. Nak tunggu ada rumah lg 10 tahun baru kita kahwin. Sy takde minta apa lg dah drpd awak, perhatian pn sy dah korbankan. Just, effort awak utk kahwini sy. Harapan semua wanita dlm dunia ni adalah teringin untuk dimuliakan sebagai seorang isteri. Sy harap awak akan berusaha untuk memuliakan sy. Awak, sy masih tunggu awak. Sy masih berharap kita dapat betulkan segalanya. Masih belum terlambat. Sy tak nak tinggalkan awak. Tapi sebab awak yg nak buang toksid mcm sy ni dari hidup awak, sebab tu sy undur diri. Dengan harapan awak masih perlukan sy dalam hidup awak. Maaf atas kata-kata syyg menyakitkan awak. Sy just nak kurangkan sakit sy. Sy asyik fikirkan awak je, tp inilah kata hati sy yg sy pendam. Maaf kalau awak terasa. Maaf kalau awak rasa bersalah lg, sy tau awak fobia dgn rasa tu. Tp sy dah penat jgk nak fikirkan perasaan awak, sedangkan perasaan sy sendiri tgh terseksa. Maafkan sy.
No comments:
Post a Comment